7/23/2014
bila di setiap kejatuhan
kau usap luka di lutut
kau tiup pedih di siku
dan kau terasakan sakit yang paling indah
bila di setiap kejatuhan
kau tau dia sedia menyambut
membawa ubat buat menyembuh
membekal senyum buat rawat kau
bila di setiap kejatuhan
kau berharap kau tak jatuh lagi
tak terbayang akan kau
jatuh lain selepas ini
bila di setiap kejatuhan
kau berdoa
kejatuhan itu yang terakhir
by -N.B.-
0 feedback yo!